olliebunny
Home About me Contact me My update Follow Dashboard

le author//



here chat//

/

Thanks//

© Thanks to . Re-edit by Hnani
Cite cikit jer awaa
10 September 2014 • 11:08 PM • 0 menceceh disini



Assalamualaikum :)

Harini dah masuk hari yang ke -10 aku dekat UTeM , Melaka untuk Sem 1 . Aku gerak balik Melaka awal 2 hari sebab parents busy , jadinya mendaftar asrama UTeM ku terbilang gemilang cemerlang bersama kakak yang tersayang . Oh ye, tahun ini sambut Merdeka dekat Melaka bandar bersejarah :3 . Pertama kali okay tengok perarakan ( betul ke aku eja ) merdeka live . Sebab selalunya bangun bangun tidur , tekan on tv , lepastu tengok perarakan dekat tv jela sambil sarapan dan tak mandi . wahaha . Excited itu memang excited lah kan , macam nak teriak teriak je aku dekat atas Hotel equatorial tuh tengok bawah :D

Kalau nak tahu , bermula sem 1 ini baru lah Minggu Haluan Siswa (MHS) aku bermula bersama dak dak degree, peh babe terasa macam budak degree juga padahal baru diploma nak start sem 1 hihi . Seperti biasa MHS akan berjalan selama seminggu tapi UTeM baik sikit 6 hari je ha kau jemah . Kau faham faham jela bila dah MHS ini , rasa macam setiap saat masa kau begitu berharga ! Everything kena on time ! Sampai kau rasa nak mandi itu pun tak sempat , terpaksa bawa jadi mandi malam bute nanti . Penat memang penat , tapi bukan selalu nak dapat rasa macam itu , tidur pukul 1.30 pagi , bangun pukul 4.30 pagi .

Kelas dah start dari hari Isnin tadi , tapi aku tetap tak faham , kenapa class banyak cancel . hahhahahaha ! k tak lawak . tapi dah semangat bangun awal mandi , tinggal nak bersiap lepastu jalan kaki or naik bas je pergi fakulti , tiba tiba classmates datang cakap no class pagi ini , petang baru ada . dan aku macam.................................

JANGAN BUAT GUA GELABAH BOLEH DOK , AKU DOK PUMPANG PUMPANG MANDI LELAJU SEBAB GELABAH NAK BERSIAP HOKEIII

Tapi takpela dengan hati yang redha , dan percaya ! sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik , mesti ada sebab kenapa tak ada class , so masuk bilik , sambung tidur hihihi *Ayat drama sangat*

Oh ye , lately , aku memang sangat lapar dan lapar , padahal pipi aku , naik mendadak weh ! rasa dah badan mengembang ! Ya Ampun , seteghesss ! nasib pergi kelas jalan kaki , ada juga pergerakan walaupun nanti sampai kelas jadi "KESAH" : ketiak basah . ahahahahha k takdela memain je .

Entry tak ada gambar , bosan gila bak hang kan , gambar semua dekat instagram . okay terima kasih sebab membaca :)




Short raya , long sem break
20 August 2014 • 5:10 PM • 0 menceceh disini



Assalamualaikum ~

Aku tengah cuti sem khas sekarang ni, sebab apa sem khas ? sebab aku belum mula sem 1 la. cuti sem khas aku bermula pada 2 hari sebelum raya tadi, bakal kembali ke UTeM pada 1/9 dan bermula sem 1 bersama orentasi. Jadinya tinggal a few days jela pun cuti aku ni.

"Benda" yang selalu aku dengar tanpa ragu ragu setiap pagi sepanjang aku dekat rumah ni.

"ADIK ! nanti jangan lupa basuh baju dalam bilik mama !"
"ADIK ! pinggan dalam sinki jangan lupa cuci !"
"ADIK ! tengahari nanti masak nasi !"

Yes ! Aku lah maid yang bertauliyah didalam rumah ini ! eish takpe I don't mind pun. ihiks.

Tahun ni family aku raya tema HIJAU ! Yeahhh ! go green ! Pasaipa banyak tanda seru ni heh

Photo: #Throwback #FamilyPortrait #SelamatHariRaya #MaafZahirDanBatin #SHRMZDB #Raya2014 #1Syawal #Theme #Green  #HappyFamily  #SayangSemua
Portrait Keluarga Bahagia. Amin. :) *Spot me if u can hikhik

Meh aku cerita pasal raya aku. Heh heh heh
Raya pertama  macam biasala. Orang baraan datang ke rumah beraya. 
Dan yang palinggggggggggg biasa berlaku. Aku adalah diantara golongan orang orang yang tak pakai baju raya on the first eid.*Menyedihkan 
Tapi, malam raya aku baru pakai baju raya sebab nak pergi rumah nenek
Tak adalah sedih sangat. Lagi sedih yang pakai baju raya on second eid hehe

Raya kedua pun memang tak kemana siang tu , sebab family aku merancang nak beraya malam dan siang tunggu orang datang rumah  sampai ke malam.
Lepastu, tak ada siapa pun datang. sebab tetamu nak datang malam juga -.- 
(Bila 10 orang berfikiran macam kau, ha lagu tu la jadi nya )

Raya ke tiga pula (Adakah aku bakal cerita sampai raya ke 19? botak mata nak baca )
Hantar Kakak pergi airport , dia fly ke Melbourne. Sambung beraya la dia kat sana. Memang beraya di airport jela family aku dari tengahari sampai ke malam. Nak di jadikan cerita pula, dah lama aku merancang sebelum cuti sem lagi , raya ke-empat aku nak beraya dengan kawan sekolah lama. Betul lah bak kata pepatah, Kita manusia hanya merancang , namun Allah menentukan T,T  . Terpaksa burn rancangan aku itu dengan rela hati, sebab aku kena balik ke Melaka. Sampailah raya ke-enam baru aku balik Selangor. Lepastu nak beraya tapi kawan kawan semua dah balik Matriks la. Balik Uni la. Sadis nak oi.

Nasib baiklah masih ada saki baki lagi yang wujud nak beraya dengan aku. 
 Malam raya ke-lima, aku duk pakat dengan my girls yang dah lama gila tak beraya dengan diaorang. last form 2. Rasanya. Duk pumpang pumpang kumpulkan orang dekat wasep group yang memang havoc ( actually dari wechat group, lepastu pindah ke wasep sebab katanya wechat ramai tak ada) . Alhamdulillah, jadi kami beraya pada 7 Syawal ! dari pagi sampai ke petang, sampai petang je sebab petang itu ada yang rushing nak balik MSU :P
Sedikit selfie dari member member a.k.a kawan dunia akhirat :*





Hafizah, Huzaimah, Fatehah, Syafika, Fara yana. ada lima orang my baby girls tak dapat join. Sebab ada yang rumah jauh, Ada yang dah balik Uni . Dengan ada yang tak sihat. Tapi dapat juga ziarah Fatehah dan Fara yana. 



Oh yeeeeee ha kau, sebelum terlupa. akhir sekali, gambar bawah ni, dua orang budak datang melawat pada malam raya ke - 8 . katanya dah rindu sangat . Malam tu memang sembang dok pumpang pumpang sampai pukul 12 malam . haha bertuah punya budak . bersembang tak ingat dunia masing masing.

okay dah habis cerita raya. Terima kasih membaca :)