olliebunny
Home About me Contact me My update Follow Dashboard

le author//



here chat//

/

Thanks//

© Thanks to . Re-edit by Hnani
Kem Minda Sihat
09 November 2012 • 11:33 PM • 0 menceceh disini



Assalamualaikum :) harini hari Jumaat dan banyak harini last sekolah kecuali pelajar yang periksa SPM dan SMA. btw I wish for dear member dekat SAMTAJ Good luck korang punya SMA , I know uolls can do it :D. Okay dah tutup cerita pasal itu , harini aku saja nak update blog pasal kem Minda Sihat yang aku ada cakap dalam entry INI .


Gambar hiasan aku dari instagram :3

 Pada hari khamis seawal pagi pukul 8 pagi , pelajar berkumpul di SDM untuk berbasikal ramai ramai ke Muara Sungai Haji Dorani . Lagi pun Muara ini tak berapa jauh sangat dari rumah aku , okay senang cerita dekat. Ia sangat lah jauh kalau dari SDM , serius gua cakap yee *bagi siapa yang tahu lah.* Disebabkan aku tak ada basikal, dulu adalah sekarang dah tak ada , kalau ada basikal pun aku macam tak akan gunakan je hahaha. so disebabkan aku yang comel tak ada basikal my Dad hantar ke Muara ini , aku datang Muara pukul 9.10 minit. Malangnya mereka tak sampai lagi , aku ingatkan aku dah lambat okay. Sampai sampai pergi letak beg travel aku yang berkembung itu dalam dewan dekat dengan pergi daftar.

Lepas dah daftar itu duduk dekat jejantas gajah *eh yeke nama macam itu? tak kesah lah kan*  Duk pumpang pumpang tunggu mereka tiba....................................
FINALLY !!!! MEREKA TIBA !!! DIDAHULUI DENGAN BUDAK LELAKI !!!! dan ada kejutan tiba tiba Nurul Nisa aka Chaq join sekali ^^.



Ini gambar masa diorang semua dah sampai dekat atas basikal masing masing and it was me pakai tudung putih muncul kat depan itu sebab nak ambik gambar diorang atas basikal. ehe ehe *tukang ambil gambar pun nak bergambar juga.* Lepas itu mereka yang bawa basikal bagai nak rak , turun basikal dah macam kengkang sakit itu ini , tak cukup nafas, penat nak gila dan macam macam lah sebab sangat jauh lah the journey dengan basikal sahaja non-stop sebab dikatakan nak cepat sampai *kesian hampa semuakan*.
Kemudian diaorang pun pergi parking basikal masing masing dan berkumpul dan dan buat group ~ masing masing pilih ikut suka hati :) *berapa banyak "dan" lah*



Ini gambar kita orang duduk dalam group masing masing, duduk dekat lantai je baru best tapi...... 
* HAHAHA KENAPA MACAM PATI JE*


Dan ini sekali duk dengar taklimat dari our uncle.


Yaaa and this our Uncle...uncle apa eh nama dia , Oppsss sorry memory lost. ahhaha
Lepas taklimat itu ini......Oh yaa my Dad ada reminded me yang Muara ini tempat nya keras *bukanlah keras kau ketuk-2 dinding bangunan dekat Muara ini* maksudnya tempat tak elok lah duduk sorang sorang kena ada yang teman :) . okay sambung balik lepas taklimat kitaorang ada buat explores ! and it was fun okay ! like seriously enjoy the explores. 

Lari sana sini , asingkan beras,jagung,lada dengan apa entah lagi, dah macam ayam dah aku rasa, hahaha yelah benda dalam talam dan kitaorang ada 7 orang mengelilingi talam yang tak berapa nak besar itu lepas itu asingkan apa yang direquest oleh Nurse yang kendalikan explores itu tak ke macam ayam dah tapi itu sebagai memori, kemudian cari clues dekat daun daun , benda aku tak boleh lupa bila kena dendan cari gula gula dalam tepung *MasyaAllah betapa gelinya aku bila ingat balik! SubhanaAllah tepung itu dah lah diTERpijak dengan orang lepas itu aku jadi orang last memang @#$%^&* lah aku cakap, geli weii -..- hahah , kesimpulannya, penat pun penat tapi best dan apa yang penting mestilah KERJASAMA dalam bermain exploreskan :) . Kitaorang punya group dapat no.3 :)



Ini aku lepas explores duduk dekat dalam dewan, tunggu cikgu bagi taklimat pulak :3


Tudung aku macam @#$%^&* , terbuat unta pulak dekat belakang T_T ngeng punya tudung menyesal tak pakai tudung sekolah ! 

Lepas dengar taklimat dari cikgu , kitaorang pergi lunch ~ okay sangat lapar sebab dari pagi aku tak makan, tak biasa breakfast. Lepas dah lunch pergi solat dekat surau yang disediakan dan paling tak boleh blah surau dia panas sebab air corn nya entah apa tak dihidupkan. Selesai solat Zohor kami pun check in homestay ~ tak berapa best sangat homestaynya sebab ada 1 toilet je dan penghuni nya ada 7 orang , luckly bilik ada dua dan bolehlah memuatkan kami ini. Letak barang , tengok tv kejap kemudian keluar balik masuk dewan ada ceramah , dengar ceramah sampai lah masuk waktu Asar.

 Kami pun menunaikan solat Asar, selesai solat , kami bersenam atau nama comelnya beriadah waktu petang. Senamnya kami bermain paintball . Lohai aku first time main paintball sebab tak suka aku main paintball, maksud aku bukan tak suka tapi tak sesuai untuk aku *haha gila annoying ayat aku* , bagi aku tak sesuai sebab dengan aku pakai cermin matanya kalau pakai contact lens takpa juga :3, dengan nanti badan mesti sedap bila kena tembak dan time itu aku pergi pakai kasut everlast sayang aku ! aku lupa sepatutnya aku pakai kasut sekolah yang dah nak nazak tinggal ditanam itu je sebab aku kelam kabut masa nak datang ingatkan dah lambat jadinya lupa terus pakai kasut everlast , call Puan mak tolong hantarkan kasut malangnya Puan mak dengan Encik abah pergi dating , okay aku dah habis pasrah taknak main tapi aku main juga :P

Aku main  dengan kumpulan yang last sekali apa lagi gunakan peluang yang ada ! guna kasut sekolah kawan lah *kasut Chaq*. haha. kasut dia kasut sekolah dia main tak ada pun kena tembak , aku pun pinjamlah kasut sekali aku guna masa nak lari ke tempat lain bahhh kaki aku kena tembak dekat jari , well aku lari sopan sangat tak sempat kena tembak kat kaki area jari , tapi tak mati lagi dengan keadaan hujannya , kabus je aku tak nampak orang kot ! Lepas itu kena tembak rasa macam kena gigit semut je hahah ! aku jadi orang last sebab lepas itu aku tak gerak gerak kemana , kesah pulak mak -_- . budak budak yang lain main kena tembak teruk lah juga dekat lengan lah dekat badan lah , kesian korang lebam lebam ye :3

Habis riadah dalam hujan itu, dinner time ~ lapar lah juga main kan , lepas itu masuk homestay bersihkan badan semua , magrib pergi ke surau solat dan baca Yassin *almaklumlah khamis malam jumaat kitaorang kat sana* habis baca Yassin kami menunaikan solat isyak.




Sebelah malam ,dekat dalam dewan kitaorang buat slot U I LOVE *ha tak silap aku lah nama slot itu* slot ini sangat memberi impak ! dan membuat kitaorang lebih kenal antara satu sama lain. Apa yang terjadi dalam slot ini ? biarlah rahsia ~ Hanya orang dalam dewan pada malam itu je tahu :) , habis slot ini pukul 12 lebih lama tau tapi tak rasa pun macam lama senang cakap tak rasa masa itu berlalu :") , Habis slot ini kitaorang pergi supper *kau tahu aku sentiasa lapar dekat kem itu* hahaha , masa supper aku ambik roti sampai 3 or 4 keping lapar sangat kot -_- hahaha. habis itu kitaorang masuk bilik, dan mereka semua happening gila malam itu, dahlah malam jumaat terjerit jerit lah gelak gila gila ~ memang awesome dan itu memori baru aku bagi tahun ini walaupun baru je pindah SDM :) sayang kauorang 4 Bestarian.

Malam itu juga kami cadang nak tidur satu bilik , dan apa lagi duk pumpang pumpang lah last last tidur pukul 1 pagi lebih. Tidur 1 jam, pukul 3 pagi kitaorang kena bangun dah untuk kiamulai :) memang liat sangat nak bangun , haha mana tak nya tidur 1 jam je. Habis beribadah pukul 7.20 pagi , kitaorang balik homestay dan bersiap untuk senam pagi :) pagi pagi dah main belon air , haaa ambik kau basah ! lepas senam breakfast :) Makan nasi lemak aku memang dah confirm mesti YAWNING punya , sebab tak cukup tidur plus makan nasi lemak :P .



Selesai breakfast , ada ceramah dari doctor dan cikgu sains sukan ~ masa ceramah dari doctor itu ada ukur tinggi dan berat dan cuba teka berat aku dah berapa , sangat tak jangka ~ berat : 47 tinggi : 161 , yang aku tak percaya berat aku tapi tak akan penimbang nurse itu rosak pulak kan :3 . First ceramah ini aku tak mengantuk tapi tak lama masuk ceramah cikgu sains sukan aku jadi mengantuk , macam ~ Oh Tuhan tolong aku ~ Nasib majlis penutup aku tak mengantuk sebab ucapan tak panjang dengan ucapan dari pembantu Noriah lawak XD . selesai acara penutupan sesi bagi hadiah dan seperti dibawah gambar nya :)



Dari kiri : Awie , Yuss , Fizi dan Chaq :) * masing masing ada hemper sendiri *

Yang bawah ini gambar kami depan pintu homestay sebelum nak pergi check out dengan lunch sebelum balik. Masing masing dengan bag yang di bawa . Paling tak suka bila datang bag muat , bila balik nak masuk kan balik baju semua bag jadi tak berapa muat dan kembung :( . Dalam gambar itu aku yang pakai tudung syiria , yang lain itu : Madi , Chaq , Eija , Ain , Aina dan Amy , Yong tak ada sebab dia join pagi hari first je malam dia tak tidur situ dia pulang ke rumah ~ selesai lunch call Encik abah untuk pulang .





Rasanya dah cukup panjang entry kali ini , sampai aku rasa nak menaip guna gigi ! penat tapi best ingat balik memori dan tulis balik . ini kenangan dengan kauorang kawan baru aku dan tahun depan pecah kelas susah nak dengar gelak ketawa gila kauorang pape pun nak cakap AKU ENJOY KEM INI , ahakszzzzz . okay cukup sampai sini aku tutup entry dengan Assalamualaikum :)



0 Comments:

Post a Comment


|